Dalam puisi dan budaya popular Soneta 29

  • "Kebalikan" pada permulaan kuatrin ketiga berlaku apabila penyair secara kebetulannya ("haply") terfikirkan lelaki muda yang ditujukan puisi itu, yang membuat penyair berasa lebih optimistik tentang hidupnya. Pembicara mengibaratkan perubahan anginnya "to the lark at break of day arising, From sullen earth, sings hymns at heaven's gate (seperti burung seri ayu pada waktu siang terbit, Dari bumi yang suram, menyanyikan puji-pujian di gerbang syurga)". Kemungkinan besar ungkapan ini menjadi ilham penyair Amerika, Wallace Stevens, apabila dia menulis puisi "The Worms at Heaven's Gate (Cacing-cacing di Gerbang Syurga)" dalam Harmonium.
  • T. S. Eliot memetik soneta ini dalam puisi 1930-nya "Rabu Abu": "Because I do not hope / Because I do not hope to turn / Desiring this man's gift and that man's scope / I no longer strive to strive towards such things / (Why should the agèd eagle stretch its wings?" (Kerana aku tidak berharap / Kerana aku tidak berharap untuk berpaling / Inginkan anugerah lelaki ini dan peluang lelaki itu / Aku tidak lagi berusaha untuk berusaha ke arah perkara-perkara sedemikian / (Mengapa patutkah si helang tua meregangkan sayapnya?)")
  • Ditampilkan dalam filem tahun 1950, In a Lonely Place, apabila Charlie Watterman, dilakoni oleh Robert Warwick membacakan Soneta 29 kepada Dixon Steele yang keletihan, dilakoni oleh Humphrey Bogart.
  • Baris pertama soneta mengilhamkan tajuk drama 1967 karya John Herbert, Fortune and Men's Eyes. Drama ini telah dijadikan filem dengan nama yang sama pada tahun 1971.
  • Dalam episod 3 ("Siege") dari musim 1 Beauty and the Beast, Vincent (dilakonkan oleh Ron Perlman) membacakan soneta ini kepada Catherine (dilakonkan oleh Linda Hamilton)
  • Dalam musim 2 (" The Measure of a Man ") Star Trek: The Next Generation, Kmdr. Bruce Maddox membaca dua baris pertama soneta ini daripada buku Shakespeare milik Lt. Kmdr. Data
  • Edward Lewis, dilakonkan oleh Richard Gere, membacakan soneta ini kepada Vivian Ward, dilakonkan oleh Julia Roberts, semasa adegan mereka di taman dalam Pretty Woman
  • Ditampilkan dalam filem Conviction 2002 semasa Omar Epps, yang melakonkan Carl Upchurch yang dipenjara, membaca separuh pertama soneta ini dengan kuat kepada banduan-banduan lain dalam kurungan dia.
  • Kumpulan black metal Deafheaven mungkin mendapat namanya daripada soneta ini.[15]
  • Dalam rancangan Netflix <i id="mwvg">Dear White People</i>, watak Lionel menggunakan kata laluan "Sonnet 29" untuk dapat masuk ke parti rumah yang dianjurkan oleh pelajar-pelajar teater.
  • Penyanyi dan komposer Kanada, Rufus Wainwright, memuzikkan puisi ini dalam lagu dengan nama yang sama (Sonnet 29). Lagu tersebut muncul dalam album 2016 "Take All My Loves: 9 Shakespeare Sonnets" dan menampilkan penyanyi British Florence Welch sebagai vokalis utama. Runut sebelumnya ialah bacaan soneta 29 yang dibacakan oleh Carrie Fisher.
  • Pada tahun 2014 Poeterra mengeluarkan versi pop rock puisi ini dalam album mereka When in Disgrace (2014).[16]
  • Dialog pertama Cigarette Smoking Man daripada The X-Files(lakonan William B. Davis) dalam episod kedua musim ketujuh ("The Sixth Extinction II: Amor Fati") ialah baris pertama soneta ini
  • Antologi cerita koboi Netflix oleh Coen Brothers, The Ballad of Buster Scruggs, menampilkan soneta ini dalam episod ketiganya ("Meal Ticket").
  • Dalam Big City Greens ("Wishing Well"), apabila malaikat bahu dan syaitan bahu Cricket berlawan di dalam otaknya, Cricket tiba-tiba melafazkan dua baris pertama soneta 29 dengan suara seperti raja.
  • Soneta ini dibaca dua kali dalam filem All Is True, pertama oleh Shakespeare (lakonan Kenneth Branagh) dan kemudian oleh Earl of Southampton (lakonan Ian McKellen).
  • Pada tahun 2023, Judi Dench mempersembahkan soneta ini di The Graham Norton Show, apabila pengacara memintanya mempersembahkan "sedikit Shakespeare" untuk penonton.[17]